Saya membuka forum ini untuk memohon kerjasama anda semua ahli batch13 Smakj memberi pandangan, cadangan, idea dan perkara yang menarik bagi menaiktaraf web batch13 Smakj ini..
Seikhlasnya saya bersama AJK Tertinggi berasa gembira atas pencapaian batch13 setakat ini dalam pelbagai program, aktiviti, forum, dan apa juga hiburan, nasihat dan artikel yang baik dalam website ini..
Justeru itu, Kami selaku AJK yang bertanggungjawab bersama-sama membangunkan website ini, memohon kerjasama baik dari anda semua sebagai ahli batch13 yang positif dan bersemangat untuk memberi sebarang IDEA, CADANGAN, PENAMBAHBAIKAN, MAKLUMAT, PERMASALAHAN dan lain-lain supaya kami dapat menyediakan web dengan lebih baik, mesra pengguna dan akan menyebabkan anda ingin selalu singgah ke web ini.
1 AHLI 1 IDEA
Janganlah merasa malu dan segan, kita semua telah matang dari segi cara, pertuturan dan fikiran..
Semoga idea yang diberi adalah POSITIF dan bersifat membina, dan janganlah bersifat negatif @ mengkritik..yang pasti idea dari lebih 140 Ahli Batch13 Smakj didalam web ini pasti akan memberi MANFAAT untuk kita semua..
Berkhidmat untuk Semua.. Mohd Aminur Rasyid Pengerusi
BATCH13 SMAKJ 2008-2009
xnak wat cam 'search content' @ ala2 'index' dlm buku teks ke,bg senang sket nk cari mende2 yg cam nk tengok blk..kadang2 cam aku lupa nk cari ruangan ni kt mane..kt gossip monyet dulu ke,kat blog orang ke,kt mari mendoakan ke..so kalo cam ada index,cam senang sket nk search..
p/s in addition 2 that, bg orang2 yg pasan dirinye popular,bole la search nama sendiri n tengok bape banyak article yg ada nama orang tuh..
hurmm...kalau dlm exam 2...nak bertanya ke..meniru kee.. boleeh..tp jgn lah tanya sampai nampak x baca buku terus..mungkin kita baca siket masa die tanya...n die dpt agak jawapan yg dh di ajar lctrr...so bagi yg kuat meniru,..baca bukulah jugak ka...